24 Januari

Hari ini, 24 Januari 2021,

Satu tahun lagi usiaku menginjak.

Kali ni ke angka 26.

Benarlah,

Semakin bertambah angka itu,

Semakin dekat kita dengan kematian. 

Tapi bukan itu yang nak dibahaskan

Kerana kematian itu pasti akan tiba pada bila-bila masa sahaja

26 tahun.

Ada apa pada 26 tahun?

Harapan dan impian yang harus ditunaikan.

Cita-cita dan visi yang harus digapai

Mungkin 26 permulaan pada semua ini.

Kerana visi dan matlamatku tahun sebelumnya

-telah hancur berkecai.

25 tahun,

Harapku cuma satu, berkahwin dengan pujaan hatiku

Setelah sekian lama bercinta,

Yang ku anggap dialah segala-galanya bagiku,

Dialah duniaku.

Tapi aturan Allah itu Maha Hebat,

Dihancurkan hatiku dengan ujian,

Membuat aku kembali merintih memohon pertolongannya

Ya, merayu kepadanya dengan bersungguh-sungguh.

Terimalah taubat hambamu yang hina ini.

Hampir berbulan-bulan lamanya hatiku hiba

Jiwaku gundah

Malamku berteman sepi dan airmata,

Aku cuma kuat disebabkan keluarga dan rakan-rakan

Yang banyak memberi nasihat dan sokongan

Aku bersyukur adanya mereka di sampingku.

Aku lupa seorang yang pergi tapi 

masih ada ramai yang menyayangi diri ini

Masih ada ramai yang menghargai diri ini

Terima kasih teman-teman.

Terima kasih Tuhan.

Tak ku duga, 

sebelum 2020 melabuhkan tirai,

Tuhan jentikkan hati ini kembali

Untuk merasai perasaan itu semula

Ya, perasaan halus bernama cinta

Aku bimbang, gusar dan takut

Jika perasaan itu benar-benar

Atau cuma singgahan pada diri yang sedang kecewa

Padanya aku memohon petunjuk

Saban hari perasaan itu semakin kuat

Sehingga aku bisa tersenyum semula kini.

2021,

Aku mengharapkan sinar pada tahun ini,

Mungkin terlalu awal berbicara soal cinta, 

Tapi aku biarkan saja rasa indah ini menjalaninya

Yang lebih utama adalah untuk aku

Membuktikan pada diriku sendiri

Yang aku bisa berjaya

Dalam bidang yang akan ku ceburi

Dan lebih menghargai dan menyayangi diriku sendiri

Benarlah, aturan Allah itu indah

Dia mematahkan hatiku untuk menyelamatkanku

Semoga yang baik-baik sahaja untuk tahun ini 

Di usiaku 26 tahun :)

Insya Allah

 





Comments

Popular Posts