Tersepit

Sekali lagi aku tersepit.

Bahagia aku sementara.

Sebelum semua perkara kembali berlaku.

Sekali lagi aku di jalan ini.

Pandangan sinis sekali lagi dilemparkan.

Kata-kata meghiris hati kembali dilontarkan.

Aku benci perasaan ini.

Belajar dari kesilapan?

Tidakkah kau juga perlu belajar dari kesilapan?

Tidakkah kau lupa kau juga salah satu punca

Keruntuhan cinta itu dulu?

Saat ini,

Aku cuma perlu teman

Yang faham akan aku. 

Yang mendengar cerita aku.

Yang menceriakan hari aku.

Sayang,

Aku tak bisa menceritakan hal ini kepadanya.

Kerna ia turut akan mengecewakan dia.

Kerana ia pernah berlaku dahulu

Kejadian ini.

Silapku, aku menceritakan semua kepadanya. 

Tetapi tidak kali ini, 

Biarlah aku simpan

Agar kali ini dia tidak membenci mereka.

Seperti yang dahulu.

Aku cuma bisa meluahkannya di sini.

Kuatkan aku. 

Aku hamba yang lemah,

Penuh kehinaan dan khilaf. 

Ampunkan aku, Tuhanku.


Comments

Popular Posts