Ada apa dengan Jodoh?
Benar,
Jodoh tertulis saat sebelum kita dilahirkan.
Benar,
Bila dan siapa jodoh rahsia Tuhan
Silap,
Jika terlalu pasti akan jodoh
Ya,
Tuhan menemukan kita dengan dia
Yang kita sangkakan jodoh.
Untung,
Bagi yang dipermudahkan urusannya.
Tidak malang,
Bagi yang sukar
Kerna ujian lebih menguatkan kita
Tiada jodoh,
Bagi yang menyulam kasih
Tetapi bertemu noktah
Artinya,
Tuhan cuma mahu kita bertemu
Bukan untuk menyatu
Pasti,
ada hikmahnya.
Fini, 2021

Comments
Post a Comment